Ass alamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK harini agak bersenang lenang, sebab semalam banyak dah KK siapkan, kain baju semua KK dah basuh, tinggal tunggu kering saja
KK baru siapkan lapisan pertama kek ni, KK buat kek saiz 9 inci, sempena hari perpisahan staff praktikal di tempat kerja KK
Istimewa kek ini sebab dilapisi dengan krim keju, bukan selalu KK nak buat kek premium ni, KK pun malas sebab cerewet, tapi untuk orang yang KK hargai, KK buat juga
Kejap lagi KK akan lapis pula dengan coklat ganache, KK dah buat semalam, tapi kena tunggu kek dalam peti sejuk selama 2 jam bagi kek betul betul sejuk dan keras
Bila dah lama tak buat ni, risau juga hati, kalau tak jadi naya, hahahaaha, insyaAllah KK dah ikut resipi dengan betul harapnya menjadi lah
Sementara tunggu, bolehlah KK sambung bersenang lenang sebentar, hehe
Rajinnya baking. nanti share lah hasil yaaaa
BalasPadam