Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak sangka ada lagi orang beri ikan, KK ni kalau dah pandai buat, kita buat lagi, hahaha, lagipun perkara senang, cuma renyah sedikit
KK buat keropok lekor lagi, banyak juga ikan orang beri kali ini, jadi KK siang ikan tu, buang tulang dah kisar buat keropok
Bila kita dah tahu, tak payah pakai sukatan, kita main agak-agak sahaja, asal rebus dan timbul tu kira jadilah, boleh kahwin dah, haha
Sedap juga keropok guna ikan lolong ni, cuma tak lah sesedap guna ikan selayang kan, tapi tak ada, sedap juga yang KK buat ni, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan