Spice of My Life

Followers !

Halaman

07/04/2022

Ramadan 4 : Berbuka @ GDM


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Syukur pada Allah masih dikurniakan rezeki buat KK, harini kita tak berbuka kat rumah, KK berbuka di hotel, rezeki dapat makan bufet ramadan.

Majlis berbuka puasa di Hotel Grand Darul Makmur bersama MUIP Holding, kita yang bekerja dengan anak syarikat pun turut serta.



Jadi kami yang ikan bilis ni pun turut serta, hahahaa, makan sekali dengan ikan jerung semua, asalkan makan percuma kan, tak kisah.

Lauk tahun ni macam meriah, tapi tak semeriah tahun lepas, tak ada sate tahun ni, hahaha, tak apalah banyak lagi lauk lain 

Alhamdulillah, kenyang perut, balik rumah pun dah menyandar habis, boleh tidur dengan tenang dan perut penuh, haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan