Spice of My Life

Followers !

Halaman

08/07/2022

Ketiduran


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Balik dari masjid petang tadi KK keluar beli makanan, lapar sangat perut ni sebab pagi tadi KK bangun lewat kan.

Tukar baju terus keluar cari makanan, lagipun KK ada nak beli barang masak untuk malam ni, sebab malam ni ada mesyuarat agung sikit, hehe.

Balik tu singgah beli nasi ayam goreng kunyit tepi jalan tu, kat sini sedap, nasi banyak ayam pun banyak memang puas hati.

Lepas tu KK tidur, hahaha, sedar tak sedar dah Asar, langsung tak sedar, sambung tidur penat semalam tak berhabisan lagi.

Lepas maghrib ni nak masak pula, menu malam ni mi goreng basah dan kek mangga, semoga dilancarkan oleh Allah, amin.

1 ulasan: