Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/11/2022

Kerja luar kawasan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Khamis baru ni KK tak masuk pejabat sebab ada kerja luar Kuantan, jadi kalau KK ada kerja luar, akan dimaklumkan dua atau sehari awal.

Tapi untuk kerja ni, hari Selasa dah beritahu, senang untuk KK sedia mental dan fizikal, hahaha, sebab kali ini agak sedikit jauh.

KK perlu ke Pekan dan Rompin, dua tempat berbeza dan jarak antara dua tu satu juga, Kuantan ke Pekan satu jam dan Pekan ke Rompin tambah lagi satu jam.



Mujurlah KK bawa teman sebab KK tak pernah lagi ke Rompin, dengan musim hujan ni lagi, siapa tak risau kan, seram juga dah lah kita seorang.

KK dari rumah pukul 8.30 pagi, ambil Uzma kat bandar lepas tu terus bertolak ke Pekan, hujan juga sampai dalam pukul 9.40 pagi, selesaikan kerja dulu lepas tu makan dulu sebab lapar.

Sambung kerja tadi, dalam pukul 12.50 tengahari macam tu baru bertolak ke Rompin, masa ni lebat kemain hujan, tak nampak jalan.



KK sampai agak lewat dalam 2.35 petang sebab trafik perlahan hujan lebat, nak laju laju pun kita utamakan keselamatan dulu, mujurlah bawa Uzma sebab masa ni takut sangat, risau air naik atas jalan.

Sampai tu uruskan kerja, singgah solat, siap tak siap dalam pukul 4 petang macam tu, KK pun telefon bos minta nak balik terus sebab dah lewat, alhamdulillah bos bagi, tak payah balik pejabat dah.



KK pun baliklah, tetap hujan membasahi bumi, memang lebat sampai ke Pekan, tapi kat Pekan dah kurang hujannya, alhamdulillah, sampai Kuantan pukul 6.30 petang juga, lewat sebab jalan sesak.

Balik terus cari makan sebab lapar, kita pekena tomyam dulu dengan nasi putih, alhamdulillah, kenyang perut balik rumah tidur dengan tenang.

Begitulah alkisah KK kerja di luar kawasan, ada suka ada duka tapi KK jadikan sebagai kenangan dan cabaran untuk masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan