Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak cerita alkisah hari Jumaat lepas, masa KK balik kerja memang akan lalu di depan TMG Beserah ni, jadinya setiap Jumaat akan ada pasar malam.
Beberapa minggu lepas memang ada datang tapi beli makanan lain, tapi minggu lepas KK cuba rasa nak beli kerabu maggi ni.
Sebab nampak tuan gerai ni letak dalam facebook, jadi KK pun pergi cari, jumpalah dan KK beli, memang tak menyesal sebab sedap !.
Boleh kata dah dua minggu KK beli kat akak ni, cukup rasa, cukup pedas, bahan pun banyak, dengan RM 12 dapat mee, ketam, udang, sotong, sosej thai, salad, kobis ungu dan kuah !
Memang penuh mangkuk, puas hati makan kenyang sangat, rasa macam tiap minggu nak beli sebab sedap sangat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan