Spice of My Life

Followers !

Halaman

09/04/2023

Ramadan 17 : Berbuka di hotel


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah rezeki tahun ini masih menyebelahi KK lagi untuk berbuka di hotel. Tiap tahun mesti ada walau sekali berbuka di hotel.

Tahun ini KK memilih berbuka di Hotel Seri Malaysia, sebab tak pernah lagi, jadi kita cubalah mana tahu sedap kan.

KK berlima dengan kawan-kawan, kalau berbuka lagi ramai lagi seronok, barulah meriah kan, puasa ni biasalah aura nak raya tu.



Bagi KK berbuka disini biasa sahaja, lauk tu sedap, cuma pilihan tak berapa banyak dari segi pencuci mulut, jadi berbaloi dengan harga kita bayar.

Alhamdulillah selesai sesi berbuka untuk ramadan ke-17, semoga ada sinar lagi untuk kita di akhir-akhir ramadan ini, amin.

2 ulasan: