Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Cukup tiga hari beraya tak duduk kat rumah, asyik berjalan ke rumah orang, harini kita pula layan tetamu, biasa kita jadi tetamu, hahaha.
KK masak spagetti bolognese harini sebab ada kawan nak datang, tapi tak ramai pun, dua orang saja, itupun petang.
KK pun pergilah beli barang masak, balik tu terus masak, siap awal tak apa, boleh kita rehat dulu sebelum tetamu datang petang.
Tetamu pertama datang ialah Aina, kawan kerja dulu ni, biasalah dia ni kalau tahu KK buat bolognese, tak sah tak ada muka dia, hahaha.
Habis tetamu pertama, petang pula kawan KK Nadia sekeluarga datang, masa ni barulah meriah sebab anak dia ramai, hahahaha.
Sesi malam tiada, alhamdulillah kuah bolognese ada lebih KK simpan dalam peti beku untuk esok pula, sebab esok ada lagi kawan nak datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan