Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/07/2023

2H1M : Cameron Highlands (2)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersambung dari kisah tadi, selepas melepasi bulatan Cameron Centrum tu, kami menuju ke Taman Sedia, kat sini kan memang kawasan sarapan, penuh juga manusia.

Tapi boleh kata 3 kali pusing juga sampailah terpaksa masuk parkir berbayar, tak kira lah jalan kaki jauh pun, asalkan makan dulu, haha.

Masa ni dah pukul 12 lebih, lewat dah nak masuk makan tenggahari, baru dapat makan semuanya sebab jalan sesak, sampai ke sini sesaknya.

Dapat makan nasi lemak stawberi sedapnya lah, lama dah tak makan, orang ramai tapi dapatlah meja tu, kedai besar kan, KK sarapan di Opah Strawberi, sedap juga makanan kat sini.




Makan punya makan, rakam video lah, dah nak masuk pukul 2, jadi nak daftar masuk hotel dulu, rehat sekejap sambung sesi petang pula.

Masa ni naik semula ke Brinchang, sebab hotel kat sama, padahal tak jauh pun, tapi disebabkan sesak, 30 minit nak boleh ke sampai tu, haha.

Rehatkan diri, sesi petang keluar untuk ke Cameron Lavendar, berharap sangat jalan masa ni tak sesak, sebab petang Ahad mungkin orang dah balik.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan