Assalamualaikum,
Lama dah kimi tak update blog , rindu ker? haha , tak la , bukan malas atau tak ada idea , tapi halangan kerja menjadikan blog ini sedikit usang dan berhabuk , baru 13 hari tinggal blog .
Sedia maklum bahawa kimi memang kerja di Sakan sekarang ni , mula pada 15/11 lepas sampai hari ni , hari ni kimi cuti , lepas 2 minggu kerja , alhamdulilah , dapat juga merasa cuti , dapat la update , mungkin lepas ini juga akan susah kimi nak update , oleh itu , kimi nak kongsikan sedikit pengalaman kimi selama 12 hari bekerja di Sakan Sdn Bhd cawangan Beserah .
Bekerja memang penat , kalau tak penat tak dinamakan kerja , tak begitu ? tapi kalau di Sakan , bukan penat bekerja , tapi penat bergurau senda , bergelak ketawa , dan bergosip . pelik ? betul ! Kimi kerja hari pertama dah sakit perut sebab gelak .
Bukan nak kata kimi makan gaji buta atau tak buat kerja , tapi apabila kerja semua sudah disiapkan dan pelanggan tak ada , kita orang akan berkumpul dan bercakap-cakap . Kalau ada pelanggan baru kita orang akan berpecah untuk layan pelanggan .
Lagu yang dimainkan , sabar jelah , bukan apa , kimi baru tahu yang staff Sakan ni jiwang orangnya , mula2 memang pening kepala , sebab dari pagi lagu jiwang tak habis-habis , lama-lama kimi biasakan juga , dari tak minat sampai ternyanyi sekali , haha , begitu kuat penangan kuat lagu jiwang tersebut .
Tetapi last2 kimi bawa pendrive kimi sendiri , suruh cashier pasang kan , kadang2 dengar lagu kimi , kadang2 dengar lagu jiwang , baru adil kan , good! , sekarang diaorang pun dah dengar lagu2 kimi . haha .
Hari pertama dan hari kedua , kimi jaga bahagian Men (pakaian lelaki) , dan hari ke-3 hingga sekarang , kimi jaga bahagian plastik , supervisor cakap kimi lebih elok jaga bahagian tu sebab nampak banyak perubahan bila kimi bekerja di bahagian itu ,
Alhamdulilah , supervisor berpuas hati dengan hasil kerja kimi , bahagian plastik masalahnya banyak habuk , sepah tak banyak sangat , habuk saja yang banyak , dan kena kreatif bahagian menyusun barang , alhamdulilah , dengan pengetahuan Pendidikan Seni Visual di Tingkatan 5 , boleh lah kimi gunakan sikit demi sedikit .
Etika kerja bermula apabila ketibaan semua staff , lepas tu , bacaan doa dan ikrar , sepatah 2 kata oleh supervisor dan mula kerja , terkejut juga sebab 1st day masuk kerja , tiba2 "Al - Fatihah" , terus tadah tangan , dan baca ikrar , lepas tu , kemas department masing2 , sapu sampah dan mop . balik pun macam biasa , kemas dan berkumpul untuk baca doa . alhamdulilah , kerja dimulakan dengan doa untuk meminta keberkatan Allah . Amin .
Oh my god ! Staff Sakan semuanya baik2 dan sporting2 belaka , kimi happy sangat kerja kat situ , boleh dikatakan semua "masuk air" dan gila-gila , haha , memang dari pagi sampai malam , happy dan penuh dengan gelak ketawa , kitaorang macam dah satu keluarga besar , suka sangat , jujur kimi katakan kimi enjoy kerja kat Sakan . Penat memang penat , tapi happy saja
Senarai Staff Sakan Beserah !
Kak Sue
Kak Yah
Mimie
Kak Ezra
Kak Fatin
Kak Nora
Adira
Aina
Kimi ?
Kimi seorang sahaja lelaki ? Yup , memang betul , ini bukan main-main , ini betul , kimi memang bekerja dikelilingi wanita , Pengalaman bekerja bersama wanita bukan lah sesusah yang disangka , tetapi lebih seronok , banyak sungguh "bunga" dan seekor saja "kumbang" . hehe .
Satu lagi kimi orang panggil Mat Indon , kenapa la pula , sebenarnya kimi agak fasih berbahasa Indonesia ni , kalau kimi cakap Indon , Kak ezra dan adira memang pegang perut nak tahan ketawa , sebab kimi cakap Indon pekat juga la , sampaikan diaorang tanya kimi ada tak keturunan Indon , kimi cakap memang tak ada keturunan Indon , 100% dari Malaysia ! haha , kimi pun belajar cakap dari sinetron2 Indonesia yang berlambak-lambak dekat televisyen . Islam sendiri pun menyarankan untuk kita belajar 7 bahasa , tapi kimi baru 3 , Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , dan Bahasa Indonesia .
Ok , itu sahaja setakat ini pengalaman kimi di Sakan , alhamdulilah , kimi lihat pengurusan dan kualiti Sakan pergi jauh dalam industri di Malaysia . Yang paling penting kita ikhlas buat kerja kita , dan insyaallah gaji yang kita perolehi berkata dan halal di sisi Allah , insyaallah dan Amin .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan