Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,
Seperti yang kimi janjikan , kimi nak berkongsi satu resipi yang kimi ambil dari laman sesawang My Resipi iaitu kek batik yang sungguh sedap !
Jadi kimi nak berterima kasih kepada Bake With Milla kerana memberikan resipi yang cukup mudah dan cepat , banyak resipi kimi tengok guna telur lah , kacang tanah lah , nescafe lah , nestum lah , kopi lah , macam2 lah nak bagi sedap , tapi resipi yang kimi jumpa memang simple tapi marvelous !
Untuk mengetahui resipi asal ---> My Resipi
Semua tahu ok , kimi buat khas untuk hari lahir Cikgu Rosnahni , jadi alang2 buat , kimi nak buat toturial kepada anda semua yang mungkin tidak berapa faham langkah demi langkah , diharapkan perkongsian kimi akan memberi secangkir senyuman apabila anda merasa kek batik anda buat sendiri :)
Anggaran kos untuk menyediakan kek batik ini :
Bsikut Marie 1Malaysia RM 2.59 (1 Bungkus = 290gram)
Krimer Pekat 1Malaysia RM 2.05 (1 Tin = 505gram)
Majerin Cap Toucan RM 2.15
Serbuk koko dan milo ( dah ada kat rumah)
Jadi anggaran dalam RM 10 sahaja macam tu , so murah dan sedap !
Ok mari kita lihat bahan2 yang diperlukan , untuk pengetahuan semua , semua barang dan bahan kimi beli di KR1M , sebab murah , hehe .
:. KEK BATIK :.
Bahan-bahan
1) 250 gram majerin (kimi guna 1 ketul cap toucan sebab dah 250gram)
2) 1 tin susu pekat
3) 200 gram milo
4) 3 sudu besar serbuk koko
5) Biskut marie secukupnya (kimi guna biskut marie coklat , yang biasa pun boleh )
Cara-cara
1)Patah-patahkan biskut marie
2) Cairkan majerin .
3) Masukkan milo , serbuk koko dan susu pekat
4) Kacau sehingga bahan2 tadi rata dan tidak berketul
5) Selepas rata dan tidak terlalu pekat , tutup api
6) Masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan ke dalam bahan tadi
7) Gaul rata dan masukkan kedalam bekas
Selepas masukkan dalam bekas , tekan permukaan kek batik supaya rata dengan menggunakan plastik .
Selepas itu , bolehlah hiaskan mengikut kreativiti anda :)
Sebelum simpan di dalam peti sejuk , pastikan kek batik betul2 sejuk .
Tutup dengan plastik makanan .
Simpan di dalam peti sejuk sehingga sejuk dan keras.
Lepas dah sejuk dan kek batik mengeras , bolehlah dipotong
Hasilnya !
untuk dibawa ke sekolah ! |
Ok , itu lah hasilnya , rasanya memang sedap , cuma agak manis sedikit , tapi bagi kimi ok, sebab kek ni memang aslinya manis , sesuai untuk dibuat kuih minum petang mahupun pada bila-bila masa .
Biasanya masa hari raya , semua berebut nak buat kuih ni , haha , segala persoalan atau pertanyaan boleh ke ruangan komen di bawah atau ke facebook kimi :)
Tips dan nasihat :)
- Biskut marie tak kisah guna yang cokelat atau yang biasa , dua2 pun boleh .
- Adunan kek batik jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair
- Jikalau tidak suka manis , boleh kurangkan susu pekat
- Pastikan kek batik betul2 sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana adunan yang panas akan memasuki kedalam liang2 biskut marie dan menjadikan biskut lembut
- Jangan terus masukkan kek batik kedalam peti sejuk kerana adunan masih lagi tidak rata
- Kek batik yang dimasukka ke dalam peti sejuk seelok-eloknya di sarungkan plastik kerana tidak mahu bau-bau makanan lain termasuk kedalam kek batik dan akan menyebabkan bau yang tidak enak dan mencemari bau asal kek batik
- Potong kek batik semasa ia betul2 keras.
- Untuk memastikan kek betul2 sejuk , simpan selama 30minit
a`ah , masa saya search2 pun ada jumpa batik jawa , ada juga kek batik brunei , macam2 kak , tapi keknya sama sahaja , cuma dari pengolahan lain :)
BalasPadamyoshhh lama tak makan kek batik!huhu
BalasPadamnanti free mimie buat ye , senang saja ni :)
Padamsedap dan mudah :)
nak sikit
PadamSalam dik.. Mak Dara ada special entry utk adik @ http://www.bicaramakdara.com/2013/03/follower-mak-dara-ke-3030-yeay.html
BalasPadamoh my god ! thanks mak dara , kimi terharu :)
Padam