Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/06/2013

Printer baru !

Meja kerja saya :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisahnya, kimi kan ada banyak PBS, jadi, apabila banyaknya PBS, banyak lah bahan nak kena print, kebiasaannya, kimi akan ke kedai untuk print, kalau tak ke kedai, tak print la jawabnya.haha

Jadi, kimi dah rancang benda ni dari 2 minggu lepas, kumpul duit sekolah, habis berjimat cermat dah, nak nya ada printer sendiri kat rumah kononya.

Lepas kira duit sekolah, ada RM50, sedangkan perlukan RM80, huwaaa ! nak cari mana, last2 terpaksa minta dengan abah, nasib abah nak bagi, huhu.

Tabung ink di luar

Sebenarnya bukan beli printer pun, kimi cuma pasang enternal ink, yakni, tabung ink kat luar, kosnya cuma RM80 sahaja.Jadi, misi bermula.hehe

Kimi dah hantar semalam printer kat kedai yang kimi Format laptop dulu, kat situ pun ada nak pasang ink kat luar printer, jadi hantar di tempat sama, senang :)

Hantar semalam pun dah lewat sangat, kedai tutup pukul 6, hantar pukul 5.50, haha, orang nak tutup kedai baru hantar, alamatnya ambil keesokan hari.

RM 8
Tadi dalam pukul 2, tuan kedai text cakap dah siap, dalam pukul 5 baru ambil, happy tengok printer dah siap, lepas ni tiada lagi masalah nak print lagi, syukur !

Masa tunggu tuan kedai tu setting printer kat laptop kimi, terpandang kertas A4, ada juga jual kat kedai tu, kimi pun ambil satu, tiada guna kalau ada printer tetapi tiada kertas, kan?

Lepas ni, kimi tak perlu lagi nak berkejar-kejar naik motor sebelum pukul 10 malam semata-mata nak pergi print, bersyukur sangat dan terima kasih kepada abah :)

Testing print tadi, hehe
*kimi sangat bersyukur dan tidak risau lagi dengan kerja printing, moga dapat naikkan semangat !






1 ulasan: