Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/12/2013

10 hari sebagai Housekeeping Staff !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah bermula pada 2/12/2013, apabila pertama kali dalam hidup mejejakkan di tempat baru, perasaan bercampur baur dan serba salah.


Sudah masuk hari ke-10 KK bekerja disini, alhamdulillah, banyak dah yang KK belajar dan pelajari apabila bekerja di persekitaran yang baru.

Penat memang penat, kerja apa yang tak penat kan? hehe, tetapi KK masih cuba biasakan untuk terus kuat dan menghadapi dengan tenang.


Bekerja sebagai housekeeping sememangnya jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan kerja KK yang dulu, memang berbeza sangat.

Kerja sekarang macam dah jadi suri rumah, haha, kemas katil, pasang cadar, sapu sampah, basuh tandas, lap meja, mop lantai, banyak kan? rasa dah macam suri rumah tangga sepenuh masa.

Yang paling gempak, ruang rumah punyalah besar, ini bukan macam hotel biasa, ini apartment ye, cuba bayangkan? macam rumah kita dah.


Gambar yang sempat diambil semasa bekerja, haha, curi-curi masa kejap, inilah antara hiasan dan perabot yang berada di dalam sebuah apartment, sebenarnya banyak lagi, cuma keadaan tidak mengizinkan.

Pengalaman selama 10 hari ini memberikan KK untuk terus bersemangat dan terus berusaha supaya menjadi pekerja yang berdedikasi serta berdisiplin tinggi.

Insya-Allah, jika KK selesa bekerja disini, KK akan terus bekerja hingga panggilan sambung belajar di peringkat ijazah akan dipanggil.


6 ulasan: