Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kecoh satu Malaysia pasal hujan tak berhenti, dan bandar Kuantan paling trending sekarang, semua sebut pasal banjir
KK tak terkecuali menjadi mangsa banjir, tetapi tidaklah perlu bermalam di tempat perlindungan, cuma kawasan rumah agak ditenggelami banjir.
Nasib baik kawasan rumah KK agak tinggi, dan cuma disekitar rumah sahaja dipenuhi air.
Pasal kerja pula, semalam memang tak pergi kerja, hujan tak berhenti, jalan penuh air, KK naik motor, jadi agak susah nak bergerak.
Harini pergi kerja abah KK yang hantar, hujan cuma renyai-renyai, air masih lagi tak surut, balik mak yang ambil.
Alhamdulillah, lepas balik kerja tadi, air di atas jalan dah mula surut, banjir cuma ada sikit, hujan dah berhenti, insya Allah jika tiada aral melintang, esok KK akan pergi kerja naik motor.
Walau apapun, masih ada lagi mangsa banjir, doakan mereka agar selamat, hulurkan bantuan khususnya makanan dan peralatan asas.
Mari kita sama-sama berdoa agar bumi Malaysia terus terpelihara dari segala bencana yang tidak kita boleh jangkakan, AMIN !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan