05/04/2014
Berkejar untuk solat Jumaat !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Harini hari Jumaat, jadi kewajipan sebagai seorang lelaki yang beragama Islam tidak perlu dipersoalkan lagi, benar kan?
Faham-faham sajalah, jangan nak tinggal saja, tiada alasan nak buat macam tu, tak baik, sila elakkan, tapi KK bekerja harini,
Jujur KK katakan, KK kurang gemar kalau bekerja kalau hari Jumaat, sebolehnya KK akan minta cuti, sebab KK tak suka ganggu waktu kerja.
Maksudnya, bukanlah waktu lain tak solat, tapi kalau ikutkan waktu kerja KK, sekarang memang sempat nak solat, alhamdulillah.
Macam harini, KK tak tahu kawasan bandar solat pukul berapa, memang tak menentu masanya, lain tempat lain masanya, jadi dalam pukul 1:30 KK keluar untuk rehat + solat jumaat sekali.
Bila keluar bangunan mall, dah dengar pak imam nak habiskan doa terakhir, KK cepat-cepat start motor dan rempit, haha, nasib masjidnya dekat.
Sempatlah solat, tapi macam berkejar sikit, minggu depan kena keluar dalam 1:15, baru sempat.
Sebab apa KK tak suka kerja hari Jumaat, sebab kena keluar, kalau solat lain boleh saja solat di bilik sembahyang atau surau, jadi agak sukarlah kalau solat jumaat.
Kalau KK cuti, boleh pakai baju Melayu, songkok bagai, baru semangat nak pergi masjid, dengar khutbah, kalau kerja, dengan penat, berkejar lagi, khutbah pun tak boleh nak fokus apatah lagi rimas dengan baju berpeluhkan?
Nasiblah KK rehat 1 jam 30 minit, adalah masa nak pergi solat dengan nak makan, sebelum keluar tu, KK dah siap beli makanan dah, lepas tu letak dalam loker.
Balik dari solat, terus makan dalam staf room, senang, tak perlu nak pergi beli lagi, sekarang dah tahu, lepas ni kena keluar awal sikit.
Bulan depan KK nak minta cuti setiap Jumaat, minta dibolehkan, mudah-mudahan, KK hanya mencari kesempurnaan dalam menyempurnakan ibadah :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan