Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/04/2014

Kena S.A.M.A.N !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisahnya semalam, masa KK dalam perjalanan nak pergi kerja, tak sangka-sangka kena saman dengan polis.


KK dalam perjalanan, tiba-tiba kereta berderet-berderet, kalau macam ni, antara 2 sahaja, kemalangan atau pemeriksaan JPJ takpun polis.

KK pun kedepan, naik motor, jadi boleh lah mencelah, tengok-tengok polis, disuruhnya berhenti di tepi.

Minta lesen memandu dan roadtax motor, KK ambilkan, dan dia pusing keliling motor dan ternampak kesalahan.


"Oh, sticker P awak ada satu je, yang belakang mana?" , aduhai, KK lupa nak tampal balik, lagipun sticker tu memang dah tak lekat. bila basuh motor, air terkena sticker tu, dan tercabut.

KK senyap je, dia tulis saman, satu lagi hal, tulis saman pun lambat, kita ni nak cepat pergi kerja, satu-satu menulis.

Bayangkan, tenggah hari dalam pukul 12:30, matahari memang tengah memancar habis, panas Allah saja yang tahu.

Lepas siap, KK ambil kertas, langsung tak pandang, terus pergi kerja, sampai kat tempat kerja baru tengok.

Begitulah al-kisahnya, solusinya, KK minta satu sticker dengan jiran sebelah, hehe, terima kasih jiranku :)


2 ulasan:

  1. done baca kk ^_^
    oh ye..saman xtampal P harganya rm40 tau...
    bayar cepat2 dalam tempoh 15hari dari tarikh kene saman..kalau lambat bayar harga akan naik jadi rm300

    http://sijojetmanik.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, terima kasih sebab bagitahu, sebab KK pun tak tahu nilai saman tu :)

      Padam