Halaman
▼
15/05/2014
Kena 9 jahitan di tangan *_*
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bila KK dah sembuh ni, barulah boleh nak belek tangan, kesan dari kemalangan tempoh hari.
Kepada yang masih tak tahu, pada 2/5/2014, KK telah menghadapi satu kemalangan yang agak teruk, boleh rujuk SINI , SINI , SINI dan SINI
Berbalik kepada tangan, masa mula2 dulu, nak gerakkan tangan pun payah, dengan penuh luka lagi, menyukarkan untuk KK tengok bekas jahitan.
Bila tangan dah sembuh, kesan luka pun dah hilang, barulah boleh kira berapalah tangan KK kena jahit masa dalam bilik pembedahan.
9 jahitan ! ya, KK kira satu persatu simpulan benang jahit tu, haha, ada 9 tau, nampaknya agak besar jugalah lubang tu, ngeri bila fikirkan balik.
Kalau difikirkan balik, memang takut sangat, Allah saja yang tahu bagaimana perasaan KK masa doktor bagitahu kena buat pembedahan.
Nanti nak buka jahitan pula, aduh ! seram sejuk bila mendengarnya, KK takut, moga dipermudahkan :)
*btw, benang tu warna biru tau, haha
seram plak rasanya...iman yang sllu asst doc jahit patient pun nk termuntah
BalasPadamhaha, tahu pun, KK nak tengok tangan sendiri pun tak sanggup
Padam