Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 5 Mei 2014

Sebenarnya saya kemalangan...


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera,

Genap 4 hari KK kemalangan, alhamdulillah, masih diberi nyawa oleh Allah untuk terus bernafas di bumi.



Mesti ada yang bertanya, kemana KK 3-4 hari menghilang, dengan blog tak berupdate, senyap saja

Kejadian yang tidak disangka dengan hanya melanggar lubang, KK boleh kemalangan bersama sahabat KK.

KK telah mengalami luka di tangan kiri, dan teruk pada bahagian siku kerana luka agak dalam, jadi luka telah dicuci dan KK telah menjalani pembedahan untuk jahit luka berlubang tuh.

Sahabat KK, Arif telah terseliuh bahu dan tangan kanan, tangan tak boleh digerakkan, akan menerima rawatan susulan di hospital.

KK berharap, doakan KK dan Arif cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan macam biasa, sesungguhnya ini dugaan Allah, KK terima dengan redha.

KK tak boleh nak tulis panjang, nanti KK cerita dengan lebih lanjut bila dah sihat, ini pun taip sebelah tangan, guna tangan kiri, sebab tu lambat, hehe

4 ulasan: