Followers !

Ahad, 25 Mei 2014

Rehat seorang diri :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bosan kan bila makan seorang, tak ada teman nak makan sekali, tak ada teman nak borak masa makan, memang terasa kosong.


Itulah senario yang berlaku kepada KK sekarang, lepas sahaja KK masuk kerja semula, minta jadual diselaraskan sampai hujung bulan untuk masuk shift petang.


Tengok-tengok, KK kerja seorang, shift petang seorang, memang penat kalau buat kerja seorang diri, semua kena buat sendiri.

Macam tu kalau waktu rehat, tak ada siapa nak ajak rehat sama, sebab shift lain-lain, jadi KK terpaksa rehat seorang.

Nasiblah kat bilik staff cukup segala kelengkapan, tv ada, peti sejuk ada, ketuhar gelombang mikro pun ada, senang kata cukup lengkap.


KK layan sajalah rancangan tv yang ada, sambil-sambil makan tu, tengok tv, mujur ada tv, kalau tak ada, lagilah bosan.

KK bawa bekal, jadi tak perlulah nak beli makanan lagi, turun rehat, boleh terus makan, dah siap makan boleh solat kat surau.

Kiranya sampai hujung bulanlah KK rehat sendiri, tak apa, dah biasa, bulan depan mungkin rehat boleh berkawan pula, hehe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan