Followers !

Rabu, 7 Mei 2014

KK semakin sembuh :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seksanya hidup, segalanya susah, dengan sakitnya, hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya untuk menjalani hari demi hari.


Itu semua dugaan yang Allah beri kepada KK, kita sebagai umatnya, perlu redha dan terima dengan hati yang terbuka.

Dah 6 hari KK tak kerja, biasalah, luka memang sukar untuk sembuh, lagi-lagi dalam proses nak tumbuh kulit baru.


Tangan KK masih lagi tak sembuh, nak tunjuk malu, sebab teruk, luka tu besar, iyelahkan, bila dah terkena seretan tar jalan.

Kawan KK masih lagi tangan tak boleh digerakkan, masih bengkak rasanya, hari esok ada temu janji dengan doktor katanya, harap cepat sembuh.

KK masih lagi taip entri dengan tangan kiri, sebelah pula tu, hehe, lambat lah jadinya.

Walau apapun, doakan KK cepat sembuh, KK nak kerja semula !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan