Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 23 Mei 2014

Motor siap dibaiki !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lamanya KK tak update blog, sekarang KK sibuk kerja, masuk pula petang, memang sampai hujung bulan jadual KK kerja shift petang.



Alhamdulillah, keadaan KK semakin sembuh, benang jahitan dah berjaya dibuang, cuma ada luka sikit nak baik dah.

Masuk 2 minggu KK kerja mak hantar dan balik kakak yang ambil, akhirnya esok KK akan pergi kerja sendiri dengan motor.

Semalam tauke kedai telefon, cakap motor dah siap, memang nak ambil harini, sebab KK cuti, jadi petang tadi pergilah ambil.

Tipulah tak takut, siapa tak trauma kan, langgar lubang jalan dah kena 9 jahitan, gila tak trauma, serius pucat muka tadi.

Banyak juga barang kena tukar, sampai kos keseluruhan RM 320, banyak juga, tak sangka sampai macam tu sekali.


Masa nak bawa tadi, seram sejuk kaki, kepala ni sibuk teringat kejadian tu, astarafigrullahalazim, tarik nafas dan pandu perlahan.

Dah nak masuk 1 bulan KK tak bawa, rentetan dari 2 minggu MC, dan 2 minggu kerja, cukup 1 bulan tak pegang motor.

KK bawa 60-70 km/j saja tadi, takut nak bawa laju-laju, mata tak lepas tengok jalan, risau + takut tak hilang lagi.

Esok KK dah pergi kerja bawa motor, minta dipermudahkan Ya Allah, moga-moga KK selamat sampai dan balik, InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan