Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/05/2014

My "Jewel" MR1 masuk bengkel :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ekoran dari kejadian yang menimpa KK dah sahabat, motor yang KK tunggangi mengalami beberapa kerosakan.

Motor tak lah seteruk orangnya, nasiblah banyak tak rosak, cuma ada kerosakan yang minima sahaja.

Tak sempat KK nak ambil gambar, sebab lepas saja motor hantar di balai untuk urusan repot kemalangan, terus dihantar ke kedai untuk dibaiki.

Jika diteliti, motor KK mengalami di gear, kedudukan gear kaki sedikit bengkok ke dalam akibat jatuh, nasib tak patah, yang patahnya side mirror belah kiri

Selain itu, tangki minyak hitam bocor, sebab minyak menitik-nitik dan no flat bahagian belakang memang patah.

Cover set motor memang tak pecah, alhamdulillah, cuma ada kesan calar di bahagian lampu depan dan sedikit di bahagian ekzos.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan