16/05/2014
Pengakhiran setelah 14 hari bercuti :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Habis sudah masa untuk KK bercuti dan berehat, terasa sungguh lama sekali, mana taknya, sudah 14 hari KK cuti dengan MC bersamaan 2 minggu tak kerja.
Esok hari Jumaaat, KK akan bekerja seperti biasa, terasa rindu akan tempat kerja, macam mana la ye keadaan kat sana, mesti banyak dah berubah.
Kadang-kadang, kejadian yang menanti KK ni ada hikmahnya, mungkin memberi peringatan kepada KK untuk mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan
Ustaz KK pernah cakap, setiap kejadian buruk yang berlaku kepada kita, pasti ada sebab, salah satu sebabnya, untuk menghapus dosa-dosa kecil kita.
Jika diikutkan hari KK kemalangan, 2/5/2014, hari Jumaat, dan KK masuk kerja semula juga pada hari Jumaat 16/5/2014, adakah ini satu kebetulan atau suratan?
Walau apapun, KK bersyukur kerana masih diberi peluang kedua oleh Allah untuk terus ingat kepada-Nya dan bersyukur di atas segala pemberian-Nya.
KK dah mula kerja esok, masuk shift petang, tak sabarnya nak jumpa kawan-kawan kat tempat kerja, huhu :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan