20/07/2015
2-3 Syawal : Beraya lagi!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dari raya pertama sampai raya ketiga KK beraya di tempat kerja, tiada bezanya, cuma tidak kunjung mengunjung saja, dari pagi sampai ke malam disitu
Untuk raya ke-2, masih dibenarkan memakai baju raya, barulah KK pakai kurta yang KK beli tu, raya pertama pakai baju raya yang dah 3 tahun lepas, haha
Pertama kali pakai kurta, semua ni atas desakan kawan-kawan, jadi tak beli baju Melayu raya tahun ni, berkurta sahaja
Macam-macam makanan yang staff kerja bawa, memang kenyang sangat kami satu hari, silih berganti kuih raya yang dikunyah dalam mulut, haha
Apapun, esok KK dah cuti, bukan sehari, bukan 2 hari, malahan 5 hari ! huhu, masuk semula pada hari Sabtu, hehe
Apapun, selamat berhari raya semua !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan