24/07/2015
8 Syawal : Cuti terakhir hari ke-5 !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sedar tak sedar, dah 5 hari KK bercuti berhari raya, walau sedikit lewat, tidak menghalang KK untuk terus beraya walaupun ramai kawan dah kerja
Hari Jumaat penuh barakah, hari terakhir KK bercuti sebelum meneruskan tugas seperti biasa pada keesokan hari
Kalau difikir, tak cukup cuti 5 hari, rasa nak tambah lagi 5 hari, haha, tapi nak gaji jalan, hahaha, kemain lagi, ingat bos?
KK dah siap gosok baju kerja, seluar kerja, stokin dah siap basuh, kasut dah letak setempat, esok tak nak sibuk lagi
Tiada apa-apa rancangan harini, cuma di rumah sepanjang hari, rehatkan diri sempena hari akhir ni, lepas ni jangan harap dapat cuti panjang macam ni lagi
Mood raya masih jalan, rumah terbuka memang banyak, selamat berhari raya semua, jangan lupa duit raya, hehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan