Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Harini KK bangun awal sikit, pukul 8 pagi dah bangun, tapi tak mandi lagi haha, sebab nak kemas barang, nak angkut semua sekali, berpindah semula
Petang ni KK dah balik ke Kuantan, cuti selama 6 hari dan akan melaporkan diri semula di Pekan, iaitu tempat kerja asal KK, insyaAllah
Hari terakhir di Chukai, Kemaman, hampir 1 bulan 2 minggu KK menetap disini dan menjadi warga Kemaman sementara, haha, tahulah sikit jalan-jalan tu
Tak masak harini, sebab dah kemas barang-barang tadi, periuk semua, dapur dah kemas, malas nak sepah-sepahkan dah, dah elok semua basuh
Tak sabar nak tutup kedai, hehe ! cuti raya !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan