Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, masih dikurniakan nafas untuk meneruskan hidup, masih diberi tanggungjawab oleh Allah untuk bekerja, masih diberi kesihatan untuk berbakti
Genap seminggu KK kembali ke Pekan setelah lebih satu bulan dua minggu menjadi warga Kemaman sementara, haha, itu sebenarnya kenangan
Sekarang masih lagi menghirup udara Pekan, entah bila pula akan bertukar angin, masih menjadi misteri dan tanda tanya, hehe
KK kembali ke Pekan, ke masjid yang biasa KK datang untuk solat Jumaat, dah lain, ingatkan masjid ni tutup, sebab pintu semua tertutup rapat, pelik juga,
Nak kata tutup, kereta banyak, adalah satu pintu tu terbuka, KK masuk, rupanya dah pasang penghawa dingin, dah maju masjid ni, sejuk je bila melangkah masuk
Alhamdulillah, satu inisiatif yang baik dari pihak masjid untuk memberi keselesaan kepada para hadirin dan tetamu Allah untuk ke masjid dengan seronok
Semoga perubahan ini memberi suntikan positif kepada semua masyarakat Pekan untuk terus berminat hadir ke masjid bersama-sama untuk solat berjemaah, insyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan