Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/10/2016

Lempeng kosong


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini kita tak makan nasi tau, KK nak acah-acah diet untuk hari Isnin yang penuh pancaroba ni, haha, stress dengan periuk nasi tak nak hidup, stress !


Sardin semalam ada lebih lagi 3 ekor, nak buang sayang, nasib elok lagi masih boleh dimakan, KK panaskan semula, dan lepas fikir-fikir nak makan apa dengan sardin ni?

Nak senang roti, masalahnya malas nak ke kedai, jadi kita buat lempeng kosong, cicah dengan sardin, memang enak sekali, menggamit memori zaman masa kecil-kecil

Bancuh tepung dengan air, letak garam dan panaskan kuali, letak tepung dan ratakan dalam kuali, tak ada kuali leper pun tak apa, KK sendiri pakai kuali bulat tu, tak ada hal

Minyak jangan banyak, dan pastikan lempeng garing baru sedap, dah siap angkat dan melantaklah dengan sardin, sedap kalau makan panas -panas ni, huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan