Assalamualaikumdan dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, harini KK genap 22 tahun hidup dan menghirup udara di muka bumi Allah yang penuh nikmat ni, dari kecil sampai sekarang, alhamdulillah
Bangun pagi tadi tak ada apa- apa pun, macam biasa, KK kerja kan, haha, dah tua tua ni jangan nak sibuk harap perkara pelik- peliklah, haha
Umur dah 22 tahun ni macam macam boleh terjadi, ada kawan yang dah kahwin, ada juga yang dah ada anak, ada yang masih bujang, ada juga yang sudah menghadap Illahi
KK masih dikurniakan nafas untuk terus mencari rezeki, demi meneruskan hidup, umur sudah meningkat, tapi perangai tetap 18 tau, haha, tapi kena matang lah, tua dah, hehe
Ramai lah kawan-kawan yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir di fb, yang telefon, yang Whatapps, Wechat lagi, pelbagai sumber, terima kasih semua
Harini hari yang amat berharga bagi KK, KK amat bersyukur kepada Allah masih memberi peluang untuk KK perbaiki diri demi menjadi insan dan hamba yang baik dan diredhai Allah
Selamat hari lahir yang ke 22 kepada KK yang semakin hari semakin tua, haha, terima kasih kepada yang tak putus mendoakan KK selama ni, muah muah dari KK, hehe
Allhamdulillah... smg panjang umo murah rezeki n diberkati slu....
BalasPadamterima kasih ! insyaAllah amin
Padam