Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lepas dah siap melantak tadi, perjalanan diteruskan ke Time Square pula, kali ni kita jalan-jalan cuci mata pula sebab perut dah kenyang kan, hahaha
Oh, lupa nak beritahu, kami berempat pusing-pusing KL ni guna MRT dan LRT saja, sebab senang, lagipun mak dengan adik tak pernah naik, jadi kita naiklah sebagai kenangan dan pengalaman
Yang KK pijak ni, memang menarik, kat Kuantan tak ada benda macam ni, haha, macam jeli dalam air, seronok sangat, almaklumlah, kita orang kampung, haha
Banyak jugalah bergambar, sebab kat TS ni memang lawa-lawa, besar sangat tak larat nak jalan sampai habis, setakat mampu saja sebab kita nak ke KLCC pula
KK sempatlah beli Hokkaido Cheese Tart tu dengan makanan ringan, haha, selebihnya banyak berjalan dan cuci mata saja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan