Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, tak sangka satu satunya kawan kerja KK iaitu Nadia sudah melangsungkan pernikahan pada 17/3/2017 lalu, kahwin dah kau semek ! haha
Nadia ni macam adik KK dah, kerja berdua saja, apa-apa pun mengadu kat dia, nak ajak jalan ker, ajak makan, ajak beli barang semua boleh, semua jalan
KK pergi pun lepas solat Jumaat, dari Kemaman ke Jabor makan masa dalam 45 minit juga kalau ikut Google Maps, tu tak campur lagi sesat, salah masuk jalan, hahah, lagilah lama masanya
KK pergi dengan boss, sampai tutup kedai kejap, haha, nak perginya makan nasi minyak orang kan, demi Nadia, sebab lepas ni tak kerja dah kat tempat kerja KK
Selamat pengantin baru KK ucapkan, semoga berbahagia dengan pilihan hati, semoga kekal hingga ke Jannah dan jangan lupa KK nak anak saudara tau, hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan