Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Seperti biasa projek biskut raya masih berjalan, alhamdulillah setakat harini dah 3 jenis biskut raya KK dah buat
Untuk hari ini KK buat biskut sarang semut, ni orang kata kuih raya orang dulu dulu lah, kuih tradisional, senang nak buat, bahan-bahan pun mudah
Tapi masa berbuka tadi, rasa macam terlebih gula, haha, jadi pesanan siapa yang datang tu, makan satu saja, kan nanti gula naik pula, haha, sebab manis
Esok tak tahu lah, tengok keadaan kerajinan, kalau rajin buat biskut aiskrim, hehe, nantikan esok dan selamat berpuasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan