Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/05/2018

Pengalaman cabut gigi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak cerita pengalaman cabut gigi di Klinik Kesihatan, tak adalah teruk mana pun, bagi KK yang memang dari dulu menggunakan perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan antara yang terbaik


Gigi KK ni asalnya pernah buat rawatan akar, dah 2 kali, tapi tak siap sebab perlu rawatan susulan, disebabkan KK bertukar cawangan masa kerja dahulu, jadi terbantut rawatan akar tu, berlanjutan sampai hampir 2 tahun

Sampailah satu saat, gigi KK patah serpih, sebab kunyah popia nestum, hahaha, jadi berlubang balik sebab gigi dah patah, lama-lama jadi sakit sampailah KK tak tahan


Jalan penyelesaian terakhir adalah cabut gigi tu, sebab tak boleh diselamatkan, KK pun ambil keputusan untuk cabut, sebab dah berdenyut denyut tiap malam

KK pun pergilah klinik kesihatan Beserah yang dekat dengan rumah ni, menunggu tu biasalah, lama juga, bila sampai giliran KK, doktor tengok dulu gigi tu, memang rosak

Sebelum cabut, kena bius dulu, tetapi doktor tanya dah makan ke belum, KK cakap belum, jadi kena makan dulu sebab cabut gigi ambil proses, dan lepas cabut 2 jam tak boleh makan dan jadi tak selesa

Jadi kalau nak cabut gigi, elok makan siap siap sampai kenyang, berbalik pada gigi, dah siap makan, KK pun pergi semula, baru kena bius, kena tunggu bagi gusi kebas


Dah kebas, barulah cabut, gigi KK ni agak degil macam tuan dia, hahaha, mujurlah doktor kat situ semua hebat-hebat, gigi dah selamat dicabut, baru tahu rupanya gigi kita panjang ke dalam, hehehe

Dah kemam kapas, perlu gigit, masa ni tak rasa apa lagi, sebab ubat bius tak hilang, air liur jangan cakaplah, dah macam empangan, doktor cakap telan saja, sebab tu kesan dari ubat bius, perkara biasa

Sakit tak? tak adalah, masa cucuk ubat bius tu adalah sikit sakit, lepas tu tak rasa apa dah, tapi kita rasa lah doktor tu henyak henyak gigi kita, hahaha, gigi besar kan


Alhamdulillah, semua selamat, KK pun balik, bayaran hanya RM2 sahaja ! masa daftar bayar RM 1, lepas siap cabut bayar lagi RM 1, sangat murah dan berpatutan

Tak perlu nak didengar momokan orang, klinik kesihatan kerajaan sangat bagus, layanan pun baik, doktor semua terlatih, tapi kalau dah mampu, tak salah, pilihan ditangan anda, hehe

Lepas ni perlu buat pemeriksaan gigi secara berkala lah, tak adalah gigi sakit lagi kan, tak perlu takut nak jumpa doktor, doktor tak makan orang, dia makan nasi saja, hahaha, ayuh sihatkan gigi !

2 ulasan:

  1. Salam, kena cabut gigi yang mana? saya baru first time nak cabut gigi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,

      saya cabut gigi di klinik kesihatan kerajaan, mana2 pun sama sahaja caj yg dikenakan

      Padam