Spice of My Life

Followers !

Halaman

04/05/2020

11 Ramadhan : Kek Pisang Berangan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nak cerita kisah kek pisang ni sebenarnya tak niat pun nak buat, tapi disebabkan atas permintaan seseorang, KK buat juga


Masa KK tengah kerja, datanglah mak kawan KK ni, kawan KK ni dah kahwin, ikut suami ke Marang, Terengganu

Memang dah kawan rapat, kenal dari sekolah rendah sampai ke tua bangka ni, mak ayah dia pun KK dah panggil ma


Jadi Ma ni tegur KK, masa tu pula ada orang hantar pisang, sedang elok dia tegur cakap pisang ni elok buat kek, KK cakap kurang sedap Ma sebab biasa guna pisang emas

Ma cakap sedap je, tunggu dia masak lebur, masa tu buat, tak dan KK nak bagi kata putus, Ma cakap nanti nak buat bagitahu ye


Hahahahaah, terkedu juga, KK pun jadi serba salah, biasalah orang tua kan, kalau dah dia cakap, dia akan ingat, hahah

KK pun belilah pisang berangan tu, KK tunggu sampai dia masak lebur baru buat kek, buat dua biji terus, satu nak bagi Ma, satu untuk keluarga KK makan


Inilah hasilnya, khas istimewa untuk Ma KK buat sebiji kecil saiz mini, comel kan? hehehe, bolehlah makan satu keluarga untuk berbuka nanti

Begitulah alkisah pisang berangan tu, kalau tak kerana Ma, KK tak buat juga kek pisang, itulah orang kata kententuan dan takdir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan