Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kita tak makan nasi harini, tapi kita makan mee calong, jemu juga hari-hari mengadap nasi kan, sekali sekala kita makan mee
Mak lah yang beria nak buat mee calong, KK ikutkan saja, tapi ayah tak nak, jadi masak juga nasi sikit, makan dengan daging lembu masak kicap tu
Yang dalam bakul merah tu, itulah bebola ikan atau orang Beserah panggil butir ikan, kalau makan calong wajib ada butir ikan
Tauhu bergedil dengan pulut sekaya tu KK buat tadi, rajin masak sempena cuti ni
Selamat berbuka semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan