Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sambutan bulan kemerdekaan negara kita disambut secara sederhana pada tahun ini, hal ini disebabkan oleh wabak covid-19 yang masih menjadi pandemik dunia
Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan negara kita Malaysia kerana telah 63 tahun sudah merdeka, alhamdulillah
Kalau zaman sekolah dulu suka lah majlis macam ni, sebab seharian tak payah belajar kan, hahaha, kalau KK dulu suka masuk pertandingan sajak, hehe
Tapi zaman kita budak-budak dulu, sekarang dah tua ni tak ada dah, nak sambut macam orang pergi tengok bunga api tu, tidaklah, KK bukan macam tu
Semoga Malaysia terus kekal aman damai dengan masyarakat berbilang kaum, sentiasa bersatu padu, bersatu hati antara kita semua dan Malaysia menjadi negara maju serta dihormati di setiap pelusuk dunia, amin
Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia!
waalaikumussalam, selamat hari merdeka
BalasPadam