Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/08/2020

Part 4 : Pulau Kapas (2H1M)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Habis cerita snorkeling, dari berendam tadi, kita naik ke darat pula, sudah-sudahlah berendam tu, tak jadi duyungnya, hahahahaha, dugong mungkin, haha


Kami pun bersihkan diri, baju tu memang berperang dengan pasir pantai, pasir pantai pula halus, memang habis melekat kat baju, bilaslah banyak kali pun

Dah bilas tu jemur jelah, dah habis salin baju masa untuk sambung jalan, kita boleh je jalan pergi pesisir lain, memang ada laluan, aktiviti bebas




Habis jalan tu masa untuk tunggu matahari terbenam, orang kata tak sah lah kalau tak tengok matahari terbenam kan, masa ni lah bergambar sakan sampai jadi

Masa untuk makan malam, bayangkan makan jam 1.30 petang tadi, nak tunggu pukul 8.30 malam, masing-masing dah macam cacing menggelupur, hahaha


Mujurlah KK ada bawa bekal makan kudapan dalam kereta tu sekali, kalau tak pakat makan pasir pantai jelah, haha

Makan makan pula berhidang juga, paling best penuh meja dengan lauk, lagi banyak dari pagi tadi, memang terbaik !



Kami dihidangkan dengan nasi putih, tomyam ayam dengan sotong, udang masak masam manis, telur dadar, sayur campur, buah tembikai dan air lobak merah susu

Masing-masing lapar kan, habis juga semua lauk tu, alhamdulillah rezeki untuk malam, KK pun boleh tidur dengan tenang, haha

Balik chalet lepak dulu kat beranda tu sambil hantar gambar, dah rasa mengantuk tu terus tidur, sebab esok dah nak balik semula ke darat

Jom baca sambungan di entri sebelah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan