Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Semalam kan KK cuti, jadi sempatlah nak godek oven, biasalah seminggu sekali baru berasap oven tu sebab KK tiada tempahan
KK nak perhabiskan krim keju dalam peti ada lagi sikit, sayang pula takut lama-lama berkulat nanti langsung tak boleh nak makan
KK buat kek coklat dengan krim keju, ala-ala tiramisu tu, tapi tiramisu kopi kan, jadi KK buat coklat saja, tak macam tiramisu pun
Yang kecil comel ni bagi kakak, tak besar pun yang ini dalam 6 inci saja, ada sebiji lagi KK buat untuk makan sendiri, hehe
Nampak sedap kejadiannya
BalasPadam