Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alkisah kelakar masa nak masuk masjid tadi, KK dari rumah ni memang dah sedia dengan sejadah dan telefon, bawa telefon sebab nak imbas QR kod di masjid, malas nak tulis
Jadi KK pun memang sorok tangan dalam sejadah masa nak datang tu, kan panas, KK risau tangan jadi gelap, hahaha
Dari jauh memang dah dia tengok KK ni, hahaha, sampai pintu tu, anggota RELA tu tahan, dia cakap kat KK "maaf dik, tengok tangan"
KK pun buat keluar tangan, dah habis belek tu baru lepas masuk, KK ni terpinga-pinga juga kenapa nak tengok tangan kita, haha
KK pun selidik lah, mujurlah KK ni ada facebook masjid jamek, hahaha, rupanya bermula hari ini memang ada anggota RELA ditugaskan untuk membuat pengawasan di setiap pintu masuk masjid
Anggota tu tahan KK sebab nak tengok ada tak gelang berwarna merah jambu tu, gahaha, yang orang positif Covid-19 pakai tu, aduhlah, tersenyum sendiri KK bila tahu
Tak pasal kita jadi suspek tahanan Covid-19 yang lari dari pusat perlindungan, hahaha, KK ni fikir apalah sampai nak tengok tangan bagai, rupanya begitu alkisahnya
Tapi betullah tu, sebab kes kat Beserah ni memang dah ada 3 kes, risau juga KK ni, tapi selalu juga beringat juga, jaga kebersihan selalu dan jangan lupa berdoa pada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan