Spice of My Life

Followers !

Halaman

07/01/2022

Ayam goreng mamak



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menjadi ! Percubaan kali pertama KK buat ayam goreng mamak alhamdulilah membuahkan hasil, berdebar-debar rasa hati bila nak tunggu siap.

KK dah perap semalam, masalahnya bila dah goreng pagi tadi terlupa satu bahan nak masuk dalam adunan tu iaitu telur, hahaha.



Semalam yakin sangat tak ada yang tinggal, tapi bila ingat balik lupa nak masukkan telur, tapi tak apalah dah siap goreng pun, haha.

Rasanya boleh tahan, cuma kurang masin, KK rasa kalau dapat masin sikit lebih baik, rasa dah sedap cuma kalau nak makan dengan nasi kena tambah garam sikit lagi baru sedap.

Tapi untuk ratah, KK rasa memang sedap sangat dah, tak payah pakai sos cili, rasa elok dengan rempah, rangupnya kulit luar tu, mantap !

Masakan pertama KK untuk tahun 2022, menjadi pembuka kepada tirai dapur KK berasap, hahahaha, nampaklah sentuh dapur walau jarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan