Spice of My Life

Followers !

Halaman

24/01/2022

TRG 2022 : Makan dan balik !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Berakhir lah sudah perjalanan KK seharian di Terengganu, dapatlah sikit pusing walaupun tak seluruh lagi, tapi bolehlah kan, hehe

Alhamdulillah, untuk malam ni kami makan nasi dengan lauk biasa saja, biasalah orang kampung kan, hehe, nak pesan pelik-pelik risau tak makan

KK nak cuba makan di Warung Dalam Kenangan, dekat sini ramai orang, penuh dalam kedai, tapi servis laju saja, kat sini memang rambang mata untuk pilihan makanan laut




KK nak ucapkan terima kasih untuk sahabat baik KK iaitu Erne dan suaminya yang sudi melayan orang bujang ni merantau cari makanan dari petang sampai ke malam

Terima kasih sebab sudi ambil dari stesen bas dan balik pun sampai hantar ke pintu bas, risaunya KK kena culik, hahaha, tak adalah

KK selamat sampai Kuantan jam 3 pagi sebab bas bertolak agak lewat kerana ada masalah sikit, tapi tak apa, sebab KK dah selamat sampai, syukur pada Allah

Kalau ada rezeki lagi, pasti KK akan datang kesini, tak pernah puas kalau ke Terengganu, ada saja perkara dan benda baru kat sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan