Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak cerita alkisah KK buat karipap, minggu lepas KK ada buat karipap sardin, ada kisah disebalik karipap sardin ni.
Kawan kerja KK dulu ada whatapps KK cakap teringin nak makan karipap sardin yang KK buat, jadi KK pun tanya adakah mengandung? haha
Katanya tak pun, saja teringin, KK pun tak boleh orang cakap macam tu, kita kalut nak pecah dapur, hahahahaha, terus pergi beli barang.
KK buat sambal sardin dulu, baru buat inti, tapi buat inti sehari awal nak bagi sejuk dulu baru senang nak kelim nanti.
Dapatlah beri sikit seorang merasa, alhamdulillah dapat juga tunaikan hajat kawan KK yang nak makan karipap sardin, syukur pada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan