Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hampir sebulan KK menyepi tanpa ada khabar, alhamdulillah, KK masih hidup di dunia, tapi tak bernyawa dalam dunia alam maya.
KK sebenarnya berperang dengan jiwa yang masih bergejolak akan kenyataan yang tidak pasti dan mencuba untuk menerima kepalsuan yang nyata.
Hahahahaha, nampak mendalam bukan? tapi begitulah hati KK yang entah apa yang dimahukan, KK sendiri masih cuba untuk menerima kenyataan.
Emosi KK tak stabil, jiwa kosong raga apatah lagi, KK cuba kuat untuk menjalani hidup yang seperti kita sedang berjudi akan kemenangan.
Semoga di hari Jumaat ini akan memberi sinar kepada hidup KK akan tujuan yang akan dilalui dari hari ke hari, semoga keputusan yang KK buat ini tepat.
Salam Jumaat semua.
Semoga Allah memberikan petunjuk-Nya
BalasPadam