Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/09/2022

Akhiri kisahku...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bukan mudah sebenarnya untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang, bila melibatkan soal hati ni tak semua manusia kuat untuk tempuh.

KK sebenarnya berat hati nak meninggalkan kerja, tapi bukan pasal kerja, pasal suasana di dalam tempat kerja tu, KK sedih.





Nak tinggal kawan-kawan, nak tinggal suasana, segala memori bukan sikit, KK hampir lima tahun kerja kat sini, pahit manis suka duka semua dah rasa.

Tapi apakan daya, keputusan dah KK buat, satu jalan yang tidak boleh diputar kembali, KK harus ke hadapan demi yang lebih baik.




Terima kasih kawan-kawan kerja sanggup terima baik buruk KK, bantu selama ni, KK perlu buat keputusan berat ini untuk diri sendiri.

Terima kasih kawan-kawan kerja yang pernah kerja sekali dengan KK sudi datang memeriahkan lagi hari terakhir KK dekat tempat kerja.

Mungkin ceritanya sampai disini sahaja, ku akhiri kisahku, coretan hidupku tinta bernoktah disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan