Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Baru siap untuk deko kat luar kek ni, KK tunggu dia membeku kejap, bagi stabil kejap lagi kita sambung balik menghias.
Kek oreo tu dah buat semalam, alang-alang kek tu dah sejuk kan, KK terus lapis dulu dengan krim, senang sikit kerja sebab pagi tadi KK fokus buat kek yang bawah tu.
Entahlah jumpa kat rumah ni papan kek secret recipes tu, pakailah sajalah sebab elok lagi, daripada buang kan, sayang tau.
InsyaAllah KK nak siapkan juga kek ni harini sebab esok KK dah kerja, dah sibuk, jadi nak tak nak kena juga siapkan kek sebab malam baru cod kek oreo tu.
Semoga dipermudahkan urusan KK harini.
Selamat mengekek
BalasPadam