Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/01/2023

Alhamdulillah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, penantian hampir 20 hari akhirnya bakal berakhir, insyaAllah tak lama lagi KK akan mengakhiri zaman pengangguran.

Syukur pada Allah yang KK sebenarnya dah dapat kerja, semalam dah temuduga, dan diterima bekerja, tempat temuduga pun bukan calang-calang tau, dalam masjid, hahaha.

Selepas hampir melalui hampir lima kali temuduga, macam macam email hantar, lekat juga satu kan, rezeki tu ada, cuma lambat sikit.

Tetapi KK tak mula terus sebabnya tempat kerja dalam proses renovasi, jadi KK perlu tunggu lagi, entah bila masuknya tetapi kemungkinan hujung bulan Februari atau awal bulan Mac.

Ada lebih kurang lagi sebulan, jadi KK fikir nak cari kerja separuh masa dulu, dari duduk saja kan, kurang2 adalah juga duit.

Kerja apa? nanti KK akan beritahu bila dah masuk kerja, ala kerja biasa biasa saja, tak ada yang hebat tu, bukan kerja pejabat pun.

Semoga urusan KK dipermudahkan oleh Allah dan semoga kita semua akan terus diberkati oleh Allah, amin ya rabb.

1 ulasan: