Spice of My Life

Followers !

Halaman

13/01/2023

Insiden lucu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kejadian yang agak kelakar sebenarnya lepas solat Jumaat tadi, mungkinlah sebab kejadian ini KK sebenarnya diuji oleh Allah.

KK pergi masjid tadi dengan abah, naik motor berdua, jadi lepas siap solat tadi KK pun pergilah ke pasaraya tepi masjid tu sebab mak minta beli tauge dengan kucai.

KK pergi tak sampai lima minit pun, dah siap bayar tu pergi semula dekat motor, tengok tengok motor dengan tuan motor tak ada.

KK fikir mungkin abah tengah cari KK, jadi KK pun pergi semula ke pasaraya tunggu depan tu mana tahu kan abah tengah pusing pusing.

Tunggu punya tunggu sampai kosong masjid, hahaha, telefon mak rupanya orang tua tu dah sampai rumah, aduhlah, adik datang ambil.

Itu lah kejadian misteri pergi berdua balik seorang, hahahahah, biasalah orang tua kan nak datang pelupa dia tu, hahahaha, sabar jelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan