Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/09/2023

5H4M : Surabaya (Part 10) Akhir


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ini adalah entri terakhir untuk kisah percutian KK di Surabaya, KK akan tutup kisah Surabaya disini, semoga semuanya gembira tau, hehe.

Kembali kepada tajuk, selepas kami semua dihantar ke lapangan terbang, masing-masing punggah beg, datang satu beg, balik sampai dua, hahahaa



Kalau ikutkan penerbangan pukul 3, tetapi di awalkan pula pukul 2.30 petang, kalut lah masing-masing beratur, kaunter buka sampai empat khas untuk kami 20 orang ni.

Berlari lah nak sampai ke pagar, sudahnya pagar paling hujung sekali, letih dah macam sukan merentas desa, hahaha, bila teringat balik kelakar.

Alhamdulillah dah masuk perut kapal terbang, masa bertenang dan nasi padang sampai, KK ni masa pergi pesan nasi lemak, balik nasi padang, haha.




Alhamdulillah sampai KLIA2 dalam pukul 6.30 waktu tempatan, masa ni masing-masing kejar untuk bas pula, KK kalau boleh nak balik terus Kuantan.

Tiket bas 7.30 malam, itu baru nak ke TBS, macam-macam dugaan sebenarnya, tapi alhamdulillah dapat balik Kuantan sampai pukul 2 pagi.



Syukur alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ke rumah, sekian habis sudah alkisah KK bercuti, punya lama dah tak berjalan jauh seingat pergi Jogja 2018, berzaman dah, hahaha.

Klik sini --> Video Surabaya 2023

Segala momen percutian KK rakamkan dan boleh tengok di Youtube, KK akan kongsikan link di bawah, terima kasih semua !

Untuk gambar boleh tengok di IG okay, KK doakan semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat berjalan seluruh dunia, amin ya rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan