Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ke-4, esok KK dah balik, sekejapnya rasa masa berlalu, kalau kerja tu kan nak habis ke seminggu kemain lama, hahaha
Pagi ni macam biasa sarapan dulu, lepas tu kami ke Taman Safari Indonesia II Jatim yang terletak di Jawa Timur, nak boleh ke sampai sini dua jam juga.
Kat sini macam-macam aktiviti ada, yang seronok boleh bagi makan haiwan, tapi ikut tingkap sajalah, sebab lalu ke zoo tu kami naik bas.
Macam-macam binatang dekat zoo terbuka ni, ada buaya, zirafah, unta, harimau, badak, gajah, rusa, dan bermacam lagi.
Lepas habis lalu zoo terbuka ni, kita sampai ke kawasan safari, kat sini ada bermacam pertunjukan haiwan, aktiviti sini dari pagi sampai ke petang tak habis.
Untuk terakhir sekali ke pertunjukan sarkis, seronok sangat ! Masa ni dah malam, kiranya ini terakhir sebelum tutup, tapi memang seronok sangat !
Untuk makan malam pula, tak sangka dapat makan nasi bebek, KK memang sejenis makan itik, hahaha, tapi kalau jenis orang tak pandai masak kan bau sikit.
Tapi kat sini tak bau, sedap dia tu licin pinggan KK makan, ada je yang tak makan, hahahahaha, ya Allah tak boleh nak lupa sedap dia tu !!
Berakhir kisah hari ke-4, boleh kata seharian kat Taman Safari tu, seronok memang seronok dan best sangat !
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan