Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/04/2024

1 Aidilfiri 2024

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semoga KK tidak terlambat untuk menceritakan kembali alkisah yang hampir tiga minggu lepas semasa kita semua sedang beraya, hehe

Nak kata sibuk tu tak adalah cuma dalam fasa bertenang, tapi tak apa itu nanti kita cerita, sekarang kita cerita bab raya dulu.




Tahun ni KK tak lari, raya kat Kuantan, haha, tahun lepas kan raya di Mentakab, jadi tahun ni kita kembali ke saranglah, nanti kan risau orang kata kita lupa daratan.

Dari malam raya lagi dah sibuk sebab KK masih bekerja, balik kerja buat kek dulu, kemas apa yang patut sebab esoknya tu KK taknak banyak kerja dah.





Pagi raya di rumah lagi, petang sikit dah keluar beraya, niatnya nak ke Maran dan Mentakab, tapi apakan daya sampai ke Maran saja, Mentakab tak jadi sebab kereta buat hal.

Kisahnya masa dah siap beraya rumah Tikah tu, KK masuk lah lebuhraya konon nak pecut,tapi kereta pula buat hal rasa bergegar habis satu kereta, sampai stering pun sama gegar.

KK pun ambil keputusan balik rumah sebab dah tak sedap hati, bayangkan dari keluar tol Maran sampai Kuantan bawa 80km/jam, dengan kereta bergoyang goyang macam berjoget, haha

Balik dengan kecewa, sambung beraya di rumah lah sampai ke malam, begitulah alkisah raya pertama KK, seronok tu seronok bermacam dugaan, barulah namanya raya kan, hehe.


2 ulasan: